Pelbagai Maklumat Di Kongsi

Takziah Anak Linda Rafar Meninggal Dunia [Al-Fatihah]

 On Sabtu, 5 Julai 2014  




Salam takziah diucapkan kepada bekas kumpulan Elite, Linda Rafar di atas pemergian anak keduanya sebentar tadi.

Linda memuat naik gambar anak lelakinya itu dengan kapsyen, “Al-Fatihah. Moga anak mama tenang di syurga ALLAH.”



Dua hari lalu, Linda sempat meminta agar pengikut-pengikutnya turut mendoakan kesembuhan anaknya itu.




“Assalamualaikum semua. Pada bulan Ramadan ini saya minta jasa baik sahabat semua bacakan beberapa surah al-Quran dan doa untuk adik Rezaimen Keiflin dan selepas itu, berdoalah apa supaya sel-sel kanser dalam badan adik Men berkurang,” katanya.





Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada anak Linda Rafar, Rezaimen Keiflin yang telah meninggal dunia hari ini. Allahyarham berusia 12 tahun dan telah bertarung dengan kanser sejak awal tahun ini. Berita sedih ini telah disampaikan oleh Linda Rafar sendiri menerusi akaun Instagramnya kira-kira jam 6 petang tadi.

Sebelum ini Linda sering berkongsi gambar anaknya di hospital menjalani rawatan kimoterapi. Semoga Linda sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini. Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah.

Takziah Anak Linda Rafar Meninggal Dunia [Al-Fatihah] 4.5 5 Unknown Sabtu, 5 Julai 2014 Salam takziah diucapkan kepada bekas kumpulan Elite, Linda Rafar di atas pemergian anak keduanya sebentar tadi. Linda memuat naik gam...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sponser

Dikuasakan oleh Blogger.