Pelbagai Maklumat Di Kongsi

Lelaki Dituduh Masukkan Jari Ke Kemaluan Anak

 On Isnin, 14 Julai 2014  






Seorang pembantu am dihadapkan ke Mahkamah Sesyen sebentar tadi terhadap tuduhan memasukkan jari ke kemaluan anak perempuannya berusia 15 tahun, April lalu.

Tertuduh berusia 37 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan di hadapan Hakim Mohd Yusoff Yunus.

Mahkamah bagaimanapun tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 17 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan hubungan seks dengan memasukkan jari ke kemaluan mangsa berusia 15 tahun lapan bulan di sebuah rumah di Kampung Kenor, Kuala Krai antara jam 2.30 petang hingga 3.30 petang, April 2014.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan. –

Lelaki Dituduh Masukkan Jari Ke Kemaluan Anak 4.5 5 Unknown Isnin, 14 Julai 2014 Seorang pembantu am dihadapkan ke Mahkamah Sesyen sebentar tadi terhadap tuduhan memasukkan jari ke kemaluan anak perempuannya ber...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sponser

Dikuasakan oleh Blogger.