1. Mona Fendy - 23 Julai 1993
Penjenayah yang terkenal dengan senyuman yang ‘mengerikan’ ini telah membunuh dengan kejam ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Datuk Mazlan Idris dengan mengerat Datuk Mazlan sebanyak 18 kerat. Mona bersama suaminya Nor Affandi Abdul Rahman dan pembantunya Juraimi Hassan telah disabitkan bersalah atas pembunuhan yang dilakukan.
2. Dr. Joe Fernandez - 4 November 2000
Pada 4 November 2000, kira-kira pukul 1.30 petang, Dr. Joe yang dalam perjalanan pulang ke rumah dan terperangkap dalam kesesakan jalan raya di persimpangan Jalan Maju dan Jalan Harapan dekat Bukit Mertajam . Kejadian berlaku di di Jalan Maju, Bukit Mertajam ketika dalam perjalanan makan di rumahnya di Taman Bukit , Bukit Mertajam , hanya 500 meter dari klinik beliau. Dua lelaki bermotosikal telah melepaskan tembakan ke atas kenderaan jenis Nissan Terrano yang dipandu oleh Joe Fernandez dan melarikan diri ke arah Sungai Rambai, Lunas , Kedah.Suspek itu dipercayai pembunuh upahan.Dr. Doshinda Singh memberi rawatan kecemasan dan kemudian membawa mendiang ke Hospital Pakar Bukit Mertajam. Pakar patologi, Datuk Dr. Bupinder Singh mengesahkan mendiang meninggal dunia akibat tembakan tepat di kepala dengan pistol jenis .38.
3. Pembunuhan Noritta Samsuddin - 25 Disember 2003
Kes pembunuhan Eksekutif Akaun sebuah syarikat dan model sambilan sehingga ke hari ini masih lagi diselubungi misteri. Pembunuh sebenar Noritta Samsuddin masih belum terjawab. Meskipun Jurutera awan di sebuah badan kerajaan, Hanif Basree Abdul Rahman, 36, yang dituduh membunuh Noritta, 22, di Unit D-7-1, Kondominium Puncak Prima Galleria di Jalan 17, Sri Hartamas, antara 1.30 pagi dan 4 pagi pada 25 Disember 2003. ditahan dan dibicara, ternyata bukan Hanif yang membunuhnya. Hanif diistisyharkan mahkamah sebagai tidak bersalah dan terlepas hukuman gantung sampai mati akibat kekurangan bukti.
4. Pembunuhan mendiang Canny Ong - 18 Jun 2003
Penganalisis teknologi maklumat, Canny Ong Li Kian diculik di pusat beli-belah di Bangsar pada 13 Jun 2003 sebelum mayatnya yang rentung ditemui dalam longkang di tapak pembinaan Projek Lebuh Raya Pantai Baru, Petaling Jaya pada 17 Jun 2003.
5. Altantuyaa Shaariibuu - 27 November 2006
Wanita Mongolia, Altantuyaa Shaariibu, 28, dibunuh menggunakan bahan letupan C4 di Mukim Bukit Raja, Selangor antara jam 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.
6. Nurin Jazlin Jazimin -30 Ogos 2007
Nurin Jazlin Jazimin, 8, dilaporkan hilang pada 20 Ogos 2007 selepas keluar bersendirian ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju. Mayatnya ditemui 27 hari kemudian dalam sebuah beg sukan yang ditinggalkan di depan sebuah premis perniagaan di Petaling Jaya. Hasil bedah siasat mendapati dia mati akibat didera secara seksual yang melampau.
7. Jutawan Kosmetik Sosilawati Lawiya - 30 Ogos 2010
Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya yang dilaporkan hilang selama 13 hari ditemui dekat pantai Morib, Selangor . Kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibuang dan dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan