Baitulmaqdis: Israel meneruskan serangan tidak berperikemanusiaan ke atas Gaza semalam dengan menyasarkan wilayah yang dikuasai Hamas itu dari udara dan laut.
Pada masa sama, pejuang Palestin meneruskan serangan roket mereka jauh ke wilayah negara Yahudi itu.
Sekurang-kurangnya 102 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam terbunuh dalam serangan yang dilancarkan rejim Zionis, kononnya untuk mengakhiri serangan roket ke atas penduduk awamnya yang sebahagiannya jatuh sehingga Tel Aviv, Baitulmaqdis dan bandar lain.
Serangan roket yang dilancarkan Hamas itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kematian atau kecederaan serius kerana kebanyakannya dipintas sistem pertahanan udara Iron Dome yang sebahagiannya dibiayai Amerika Syarikat.

Satu roket yang dilancarkan Hamas semalam mengenai sebuah stesen minyak di bandar Ashdod menyebabkan kebakaran besar dan sekurang-kurangnya tiga cedera parah.
Pemimpin Zionis membayangkan kemungkinan melancarkan serangan darat selepas ia menggerakkan kira-kira pas ia menggerakkan kira-kira 20,000 anggota pasukan simpanan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan