Tindakan polis menahan sepasang kekasih di Kajang di sini, awal pagi semalam, membongkar tindakan remaja perempuan berusia 14 tahun itu lari dari rumah.
Dalam kejadian jam 4 pagi itu, anggota polis dikatakan menahan remaja perempuan itu selepas didapati berdua-duaan bersama teman lelakinya berusia 17 tahun.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, polis yang menjalankan pemeriksaan mendapati remaja perempuan itu lebih sebulan melarikan diri dari kediaman neneknya di Bangi di sini.
Menurutnya, polis kemudian menghubungi ahli keluarga remaja itu sebelum membawa kedua-dua mereka ke Balai Polis Kajang.
“Soal siasat dijalankan juga mendapati remaja perempuan terbabit mengaku sudah melakukan hubungan seks lebih tujuh kali.
“Terbaru, mereka melakukan hubungan terlarang itu Selasa lalu. Perkara itu turut disahkan doktor Hospital Kajang yang melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap remaja terbabit,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan