Sao Paulo (Brazil) : Luis Suarez menjadi wira Uruguay apabila meledak dua gol untuk membenam England 2-1 dalam saingan Piala Dunia Kumpulan D di Arena Corinthians, awal pagi ini.
Suarez, yang baru pulih dari kecederaan lutut menanduk masuk gol pertama pada minit ke 39 hasil hantaran cantik Edinson Cavani.
Masuk babak kedua, England terdesak mencari gol penyamaan untuk menghidupkan peluang ke pusingan seterusnya namun pertahanan Uruguay yang dikemudi kapten Diego Godin berjaya menahan asakan demi asakan.
Bagaimanapun pada minit ke 75, Wayne Rooney berjaya membolosi gawang Uruguay untuk menjaringkan gol pertamanya dalam kejohanan Piala Dunia.
Bagaimanapun pada minit ke 75, Wayne Rooney berjaya membolosi gawang Uruguay untuk menjaringkan gol pertamanya dalam kejohanan Piala Dunia.
Kegembiraan England tidak lama apabila Suarez meledak gol keduanya pada minit ke 85 menerusi kesilapan Steven Gerrard yang menanduk bola ke belakang sebelum Suarez merembat kencang melepasi penjaga gol England, Joe Hart.
England kini perlu menewaskan Costa Rica dalam perlawanan terakhir kumpulan D sambil mengharapkan Itali mengalahkan Costa Rica dan Uruguay dengan jumlah jaringan lebih besar untuk melangkah ke pusingan kalah mati.
URUGUAY: Fernando Muslera; Martin Caceres, Jose Gimenez, Diego Godin; Alvaro Pereira, Alvaro Gonzalez (Jorge Fucile, 79'), Egidio Arevalo, Cristian Rodriguez, Nicolas Lodeiro (Christian Stuani, 67'); Luis Suarez (Sebastian Coates, 88'), Edinson Cavani.
ENGLAND: Joe Hart; Glen Johnson, Gary Cahill, Phil Jagielka, Leighton Baines; Steven Gerrard, Jordan Henderson (Rickie Lambert, 87'), Raheem Sterling (Ross Barkley, 64'); Wayne Rooney, Danny Welbeck (Adam Lallana, 71'), Daniel Sturridge.
PENGADIL: Carlos Velasco (ESP)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan