[PANAS] Awie Buat Keterangan Kes Pukul Isteri, Kini Disiasat Polis
On Ahad, 29 Jun 2014
Penyanyi dari kumpulan Wings dan pelakon yang popular dengan filem Sembilu, Awieakui telah dipanggil pihak polis untuk membantu siasatan mengenai dakwaan dia memukul isterinya, Rozana Misbun baru-baru ini.
Awie, nama sebenarnya Azhar Othman yang kini berusia 45 tahun tak mahu mengulas mengulas lanjut apa keterangan polis yang dibuat dan hanya menyerahkan siasatan kes itu kepada pihak polis.
Tentang tersebarnya 3 keping gambar seorang wanita dikatakan isteri Awie cedera teruk akibat dipukul (gambar di sini), Awie memberitahu dia masih belum melihat gambar tersebut dan tidak mengetahui tentang gambar itu.
Ini kata Awie:
“Jika benar gambar itu tersebar, saya serahkan kepada pihak berkuasa untuk sebarang tindakan,”
Rozana Misbun kini berusia 35 tahun, didakwa dipukul Awie di sebuah bank. Kes ini kini disiasat pihak polis. Berdasarkan kata-kata adik Rozana iaitu Amanda Misbun (baca sini), dia meminta semua bersabar dan akan ada pihak membuat kenyataan tentang kes itu kelak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan