Giler kentang beb...kita panggil ini sebagai dewasa, tak sesuai untuk kanak-kanak, kerja gila, memalukan, tapi bagi penggemar sushi inilah yang dinamakan sebagai hasil seni bertaraf potret Mona Lisa...puihhhh...
Seni ini dinamakan sebagai NYOTAIMORI dimana sushi akan dihidang di atas badan gadis bogel bersama dengan pelbagai jenis hiasan daripada bunga-bungaan ataupun makanan lain.
Seni ini dijadikan sebagai pelaris perniagaan sushi di Jepun malah tiada bantahan daripada pihak kerajaan Jepun. Yang tak boleh belahnya, 'seni' ini mendapat sambutan hangat daripada para pelancong & mereka sanggup membayar ratusan dolar untuk merasai pengalaman ini.
Harganya yang mahal bersesuaian dengan prosedur yang sangat susah untuk menyediakan hidangan ini. Para 'model' dilatih untuk tidak bergerak selama berjam-jam. Mereka juga dilatih agar bernafas 'bila perlu je' & memastikan pernafasan yang sangat perlahan dilakukan.
Selain itu, beberapa pertandingan juga pernah diadakan & berjaya menarik minat ribuan pelancong untuk menyaksikannya. Mungkin ini sebab utama kegilaan ini tidak dilarang oleh kerajaan.
Seni ini mendapat kecaman daripada puak-puak bebal FEMINIST yang menganggap ianya sebagai satu penghinaan ke atas wanita. Jika ada permintaan, model lelaki juga boleh digunakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan