Pelbagai Maklumat Di Kongsi

Inikah Rupa iPhone 6?

 On Ahad, 29 Jun 2014  








Forbes melaporkan artis Taiwan iaitu Jimmy Lin telah mendedahkan gambar yang berkemungkinan iPhone 6.

Jimmy juga sebelum ini pernah mendedahkan gambar iPhone 5 sebelum penjualannya dan gambarnya hampir serupa dengan model versi terakhir. Pada halaman Weibo beliau juga turut menunjukkan perbezaan antara iPhone 6 dan iPhone 5S



                         


Sekiranya dilihat dari gambar tersebut, skrin iPhone 6 tampak lebih besar dengan bahagian tepi yang melengkung dan lebih nipis. Butang kuasa iPhone 6 juga dialihkan kesebelah kanan.

Terdapat juga jack audio sekaligus memberikan idea yang pin 3.5mm untuk fon telinga masih digunapakai dan fon telinga berasaskan Lightning mungkin akan mengambil masa 2-3 tahun lagi. Tema bentuknya seakan-akan iPad Mini yang turut mempunyai kenipisan dan bahagian tepi yang melengkung.



                                             



Sebelum ini juga ura-ura berkenaan saiz resolusi iaitu 1704 x 960 pixel yang dikatakan, mungkin resolusi tersebut akan diimplementasikan padanya. Ia juga selari dengan ura-ura paparan skrin Ultra Retina yang datang pada saiz 4.7 inci. Selain dari itu iPhone 6 juga dikatakan akan hadir dengan pengesan suhu, tekanan, dan kelembapan.

iPhone 6 dijangka bakal diperlihatkan kepada umum pada September tahun ini dan seperti model terdahulu ia dijangka bakal hadir untuk pasaran tempatan menjelang november atau disember kelak.

Inikah Rupa iPhone 6? 4.5 5 Unknown Ahad, 29 Jun 2014 Forbes melaporkan artis Taiwan iaitu  Jimmy Lin  telah mendedahkan gambar yang berkemungkinan iPhone 6. Jimmy juga sebelum ...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sponser

Dikuasakan oleh Blogger.