Pelbagai Maklumat Di Kongsi

Terdesak - Pelajar IPTA Dicabul & Dipaksa ‘Kulum’ Rakan Kuliah

 On Khamis, 10 April 2014  



Seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA), kini trauma akibat dicabul teman sekuliah selain diugut untuk melakukan seks oral jika tidak mahu rakaman gambar bogelnya tersebar di internet.

Dalam kejadian 10 Mei lalu, mangsa dan suspek yang belajar di IPTA di Kedah, keluar berbuka puasa bersama kerana sering berpuasa sunat pada Isnin dan Khamis.
Sumber berkata, mangsa pernah beberapa kali dicabul suspek termasuk meraba kemaluannya dan berbual lucah sehingga membuatkan gadis itu tidak selesa dengan rakan lelakinya.


Menurutnya, mangsa menggunakan pelbagai helah untuk melarikan diri dan pelajar yang berasal dari Kelantan berkenaan bersetuju tidak menganggunya dengan syarat menghantar gambar separuh bogelnya kepada suspek.


Katanya, mangsa yang terdesak, memberi gambar bogelnya kepada suspek tetapi meminta dipadam selepas melihatnya.




“Sehari sebelum kejadian, mangsa dihubungi suspek yang mahu membawanya keluar berbuka puasa, kononnya sudah insaf.


“Suspek memujuk pelajar perempuan itu keluar dengannya menaiki kereta, sebelum pelajar perempuan itu dibawa ke Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis.” katanya.


Mangsa dicabul dalam kereta selain dipaksa melakukan seks oral.


Katanya, mangsa enggan melakukan perkara terkutuk berkenaan dan merayu suspek agar tidak diperlakukan sedemikian tetapi lelaki itu mengugut mahu menyebarkan gambar bogelnya jika dia enggan.
Terdesak - Pelajar IPTA Dicabul & Dipaksa ‘Kulum’ Rakan Kuliah 4.5 5 Unknown Khamis, 10 April 2014 Seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA), kini trauma akibat dicabul teman sekuliah selain diugut untuk m...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sponser

Dikuasakan oleh Blogger.