Selepas 7 Tahun Bapa Report Maksiat Anak|9 April 2014,Alor Gajah: Tidak sanggup melihat maksiat berlaku di depan mata, seorang bapa nekad melaporkan perbuatan terkutuk anaknya yang bersekedudukan dengan teman lelaki sehingga melahirkan anak luar nikah kepada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di sekitar daerah ini.Lelaki berusia lingkungan 60-an itu dikatakan sudah jelik dengan sikap anak perempuannya berusia 30 tahun bersekedudukan dengan teman lelaki berusia 43 tahun sejak kira-kira tujuh tahun lalu.
Hasil hubungan terlarang itu, wanita terbabit melahirkan seorang anak luar nikah selain kini sedang sarat mengandung enam bulan hasil ‘perkongsian hidup’ bersama pasangannya.
Lebih mengaibkan apabila ibu kepada wanita berkenaan dikatakan seolah-olah membenarkan pasangan itu tinggal sebumbung bersama mereka sehingga melahirkan anak luar nikah.
Lelaki terbabit dikatakan sering menegur perbuatan anaknya itu namun dimarahi isterinya menyebabkan pasangan itu tinggal bersama tanpa halangan sejak kira-kira tujuh tahun lalu.
Sepasukan Penguatkuasa JAIM bersama Pegawai Syarak dibantu tiga anggota polis yang menerima aduan mengenai perkara itu melakukan intipan di kediaman berkenaan sebelum melakukan serbuan kira-kira jam 12 tengah malam semalam.
Ketua Penguatkuasa JAIM Rahimin Bani berkata, pihaknya mendapati pintu kediaman berkenaan rapat sebelum memberi salam dan mengetuk pintu bagi melakukan pemeriksaan.
“Pintu berkenaan dibuka seorang lelaki berkain pelikat dipercayai bapa kepada wanita berkenaan yang kemudiannya membenarkan penguatkuasa masuk untuk melakukan pemeriksaan di dalam rumah.
“Pemeriksaan menemui beberapa individu dari satu keluarga sedang menonton televisyen di ruang tamu rumah. Penguatkuasa kemudian melakukan pemeriksaan menyeluruh sebelum menemui seorang wanita bersama bayi berusia 12 bulan,” katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, seorang lelaki berusia 43 tahun ditemui di dapur rumah dan mendakwa datang ke rumah berkenaan untuk melawat anaknya di situ.
Menurutnya, wanita mengandung enam bulan dan lelaki yang ditemui di dapur rumah mengaku tidak mempunyai ikatan sah dan memberitahu bayi berusia setahun dan anak dalam kandungan itu adalah anak mereka.
“Lebih menyedihkan apabila pasangan terbabit tanpa segan silu mendakwa sudah menjalin hubungan dengan hidup bagaikan suami isteri sejak tujuh tahun lalu tanpa sebarang halangan. Pasangan terbabit kemudian dibawa ke Balai Polis Durian Tunggal untuk diambil keterangan sebelum dibawa ke Bahagian Penguatkuasaan JAIM untul tindakan selanjutnya.
“Mereka sudah memiliki seorang anak tidak sah taraf dan mengandung anak kedua ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 54 dan 55 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991,” katanya.
Harian Metro difahamkan, lelaki berusia 43 tahun itu sudah beristeri dan mempunyai empat anak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan