Pelbagai Maklumat Di Kongsi

Lelaki Yang Mendakwa Tak Dapat Kahwin Kerana IC Disalahguna Akhirnya KANTOI

 On Jumaat, 11 April 2014  



Lelaki Yang Mendakwa Tak Dapat Kahwin Kerana IC Disalahguna Akhirnya KANTOI - Februari lalu, seorang lelaki warga Singapura menjadi tajuk berita apabila mendakwa dia tidak dapat berkahwin dengan tunangnya, Sharafana Mohamad Shariff, 18, selepas persiapan perkahwinan sudah siap gara-gara kad pengenalannya telah digunakan individu lain untuk tujuan tersebut.

Apa yang mengharukan, dia dilarang daripada bernikah selepas tiba bersama bakal isteri dan 25 rombongan rakan serta saudara mara di Pejabat Pendaftaran Perkahwinan Muslim (ROMM).


Hal ini kerana rekod menunjukkan Mohamad Norizuan Shazali, 26, sudah pun berkahwin dengan seorang wanita dari India pada 2012.
Norizuan kemudiannya membuat laporan polis mendakwa ada orang menggunakan identitinya untuk mendaftarkan perkahwinan sivil.
Bagaimanapun penyiasatan menunjukkan Mohamad Norizuan sebenarnya memang berkahwin dengan rela semata-mata untuk mendapat wang SD1,700 (RM4392) dengan warga asing tersebut.
Pada 16 Julai 2012, Norizuan didapati memberikan butir peribadinya dan memohon perkahwinan sivil dengan wanita warga asing.
Bukan itu sahaja, sebulan kemudian dia turut mengadakan majlis di restoran Banana Leaf Apolo di Jalan Race Course selepas mendaftarkan perkahwinannya.
Susulan itu, Norizuan mengaku bersalah di mahkamah Ahad lalu atas dua tuduhan termasuk memberikan maklumat palsu kepada pihak polis.
Ketika ditemubual pihak media Februari lalu, Norizuan menceritakan dia mula berkenalan dengan Shafarana di Pantai Changi pada Januari 2012 sebelum serius menjalinkan hubungan sebulan kemudiannya.
Mereka mempunyai seorang bayi berusia 8 bulan dan berharap selepas berkahwin dapat memohon sebuah flat HDB namun sejarah silam Norizuan ini nampaknya menyukarkan segala perancangan tersebut.
Lelaki Yang Mendakwa Tak Dapat Kahwin Kerana IC Disalahguna Akhirnya KANTOI 4.5 5 Unknown Jumaat, 11 April 2014 Lelaki Yang Mendakwa Tak Dapat Kahwin Kerana IC Disalahguna Akhirnya KANTOI -  Februari lalu, seorang lelaki warga Singapura menjadi taj...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sponser

Dikuasakan oleh Blogger.