Pelbagai Maklumat Di Kongsi

Dengusan bawah tangga

 On Selasa, 8 April 2014  

SEORANG GRO yang ditemui di tempat simpanan minuman.

Sabak Bernam: Dengusan yang terlalu kuat dari bawah tangga yang menjadi ruang simpanan pelbagai minuman di sebuah pusat hiburan di sini membongkar kehadiran sekumpulan wanita warga asing yang cuba menyembunyikan diri daripada diberkas pihak berkuasa dalam satu serbuan awal pagi semalam.
Pihak berkuasa yang curiga dengan bunyi berkenaan menjalankan pemeriksaan sebelum menemui dua wanita yang bersembunyi di sebalik rak minuman dan wanita berkenaan dipercayai cuba mengelak daripada ditahan dalam serbuan sepasukan anggota polis dari cawangan Pencegahan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, serbuan dilakukan di sebuah pusat hiburan di Sungai Besar, dekat sini, membabitkan penahanan sembilan gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing.
Menurutnya, serbuan bermula jam 1 pagi membabitkan empat anggota diketuai Inspektor S Subramaniam dan mereka yang ditahan berusia antara 20 dan 35 tahun.

“Serbuan dilakukan selepas polis menerima aduan daripada orang ramai berkaitan aktiviti pusat hiburan berkenaan yang didapati masih berdegil dan tetap beroperasi walaupun kerap diserbu dan kali terakhir serbuan dilakukan pada Mac lalu.

“Ketika serbuan, semua GRO berkenaan leka melayan pelanggan yang berhibur di premis itu dan mereka terkejut sejurus menyedari kehadiran anggota polis hingga ada antaranya menyorok dalam usaha meloloskan diri.
“Ada yang sanggup menyorok di bawah tangga dalam keadaan bersesak dan ada yang cuba memanjat siling, namun usaha itu sia-sia kerana mereka akhirnya diberkas,” katanya.

Noor Mushar berkata, ketika serbuan dilakukan, terdapat 10 pelanggan yang asyik berkaraoke sambil menerima layanan mesra GRO dan mereka sudah diambil keterangan bagi membantu siasatan.
“Semua wanita yang ditahan didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial dan bekerja tanpa permit yang sah dan mereka dibawa ke IPD Sabak Bernam untuk tindakan susulan,” katanya.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 55(b) Akta Imigresen, Seksyen 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen dan Seksyen 11(2) Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.
Dengusan bawah tangga 4.5 5 Unknown Selasa, 8 April 2014 SEORANG GRO yang ditemui di tempat simpanan minuman. Sabak Bernam: Dengusan yang terlalu kuat dari bawah tangga yang menjadi ruang sim...


Related Post:

  • MENAMBAH KELAJUAN DENGAN TOOL INTERNET DOWNLOAD MANAGER IDM ialah Internet Download Manager..Ini adalah tool atau pembantu yang membantu dalam mendownload sesuatu..effect dalam IDM tidaklah banyak hanya mempercepatkan kecepatan masa download..Kecepatan yang dibawa oleh tool IDM dijangkan 7 kali ganda da… Read More
  • APAKAH PERBEZAAN IPHONE 5 DAN IPHONE 5S? IPHONE - iPhone adalah salah satu telefon pintar yang paling disayangi untuk tarikh, dari bawah 1 untuk iPhone 5 semua dijual baik di pasaran. Tetapi ada yang paling baru-baru ini, 5S iPhone. Sebenarnya, apakah kelebihan berbanding de… Read More
  • MUDAH MEWUJUDKAN ANDROID LOCKSCREEN SEPERTI IOS MEDIAOTAK -Di sini terdapat satu lagi aplikasi yang akan membuat anda berasa menggunakan IOS pada Android.Permohonan seterusnya yang akan memperkenalkan Tikus Jalan SlideLock. Jika anda melihat penggunaan di borang pemberitahuan IOS, maka and… Read More
  • FLAPPY BIRD AKAN KEMBALI DALAM APP STORE DAN GOOGLE BERMAIN? FLAPPY BIRD – Dong Nguyen dalam satu temu bual dengan majalah Rolling Stone baru-baru ini berkata bahawa dia hampir tertekan selama kira-kira sebulan kerana Flappy Bird. Dong Nguyen juga menunjukkan mesej yang masuk ke dalam k… Read More
  • Unify Karaoke Standard Edition Aku nak berkongsi software karaoke yang selalu aku diupah memasang di kedai karaoke disekitar centre point kuantan pahang..nama software tu unify karaoke..Bagi aku ini software lama dan kebanyakan dah tak dipakai guna dah di lain-lain pusat karaok… Read More

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sponser

Dikuasakan oleh Blogger.