Pelbagai Maklumat Di Kongsi

Bayi Yang Berkepala Bentuk Hati

 On Khamis, 10 April 2014  



Bayi Yang Berkepala Bentuk Hati|Kalimantan –Seorang bayi di Indonesia dilahirkan dengan kepala berbentuk `hati’ disebabkan oleh tumor di dalam kepalanya.
Ketumbuhan itu menyebabkan kepala Muhammad Nafi, yang baru berusia dua minggu semakin membesar sejak dia dalam kandungan lagi.
Ibu bapanya Mailani, 22 dan Buasin, 32, kini berusaha mengutip wang bagi membiayai pembedahan namun dengan pekerjaan Buasin sebagai petani, sukar bagi mereka mendapatkan wang untuk pembedahan.


Muhammad adalah anak kedua pasangan berkenaan dan bayi itu kini dirawat di Hospital St Antonius di Pontianak.
“Saya keliru. Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan dengan anak saya. Kami sekeluarga hanya berserah kepada takdir,’’ kata Mailani.
Pembedahan itu hanya boleh dilakukan apabila usia Muhammad mencecah tiga bulan.
Ini kerana, pembedahan ketika ini amat berisiko kepada bayi tersebut kerana tumor itu akan menyebabkan tempurung kepalanya terbuka, sekali gus mendedahkan otaknya.
Tumor itu telah memberikan kesan kepada mata kanan Muhammad.

Bayi Yang Berkepala Bentuk Hati 4.5 5 Unknown Khamis, 10 April 2014 Bayi Yang Berkepala Bentuk Hati| Kalimantan –Seorang bayi di Indonesia dilahirkan dengan kepala berbentuk `hati’ disebabkan oleh tumor ...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sponser

Dikuasakan oleh Blogger.